Skip to main content

Badminton

Kepakaran Kok Siang terhadap beregu profesional sudah terbukti -- Peng Soon

sss

'Dia jurulatih yang bijak, kenapa tidak?'

Bekas pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon, menganggap sekembalinya bekas jurulatih negara, Teo Kok Siang, ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah satu petanda yang baik.

Seiring dengan pemergian ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, spekulasi kembalinya Kok Siang menimbulkan persoalan adakah dia hadir sebagai jurulatih sokongan atau kemungkinan untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Nova?

"Dia seorang jurulatih yang bijak dan terbukti mampu meningkatkan prestasi atlet seperti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang ketika itu baru keluar BAM," katanya di Ibu Kota.

Latar belakang kejurulatihan Kok Siang kini lebih menarik.

Sebaik meninggalkan BAM, Kok Siang adalah jurulatih yang bertanggungjawab membawa pasangan Sze Fei-Nur Izzuddin menjengah ranking pertama dunia selepas kejayaan muncul juara dalam Terbuka China pada 2024 lalu.

"Mungkin khidmat saya tidak diperlukan (selorohnya).

"Hakikatnya saya pun tidak pasarkan diri dan tidak membincangkan topik ini," katanya.

Ditanya sama ada Peng Soon berhasrat untuk kembali semuala ke BAM sebagai jurulatih, ini jawapan bersahaja pemegang pingat perak beregu campuran dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video