Perincian daripada keputusan bertulis hasil siasatan Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), yang jelas menyebut beberapa nama dan individu terkait dengan isu tujuh pemain tidak sah, yang turut gagal membuktikan pengesahan status mereka di peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) baru-baru ini.
Bintang-bintang skuad kebangsaan gagal membuktikan pengesahan status mereka sebagai warganegara Malaysia yang sah, selain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa menelan hakikat tiada pengurangan jumlah denda.
Advertisement
Tidak mustahil jika FIFA sekali lagi membuka kertas siasatan yang baru, merujuk kepada 'motivated decision' lalu yang bercerita tentang beberapa nama.
"Satu lagi aspek di mana FIFA mempunyai kuasa adalah untuk menyiasat individu-individu yang berkemungkinan terlibat seperti ejen mahupun pegawai yang terlibat.
"Jika saya katakan kes ini sudah selesai, sebenarnya ia mungkin tidak.
Isu 7 pemain tidak sah, FIFA bakal buka kertas siasatan baru melibatkan kesalahan individu ? pic.twitter.com/RpZBSvjMLO
— FinaNasrom (@fnasrom) March 11, 2026
"Ia dibuat mengikut fasa. Mungkin selepas ini siasatan lain sedang berjalan.
"Kita tidak tahu," kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul, di Nadi Arena hari ini.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjangkakan sesuatu yang lebih besar bakal tersingkap hasil daripada siasatan baru, susulan dakwaan kewujudan individu yang terlibat dengan skandal besar ini sama ada secara rasmi atau tidak.
"Saya rasa ya. Ini adalah kes besar bertaraf antarabangsa.
"Nak kata selesai sebab CAS sudah membuat keputusan juga tidak boleh," tambahnya.