Skip to main content

Ragbi

Kerjasama tiga tahun berturut-turut antara penaja, KRM terus bantu bakat pengadil

KRM

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengekalkan kepercayaan terhadap penaja sedia ada apabila Enervive Sports kembali menyumbang sokongan kepada barisan pengadil bagi tahun ketiga berturut-turut.

Jumlah tajaan dianggarkan mencecah sekitar RM50,000.00, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkasa aspek pengadilan yang menjadi tunjang kepada kelancaran dan integriti perlawanan ragbi tempatan.

Advertisement

Kolaborasi yang terjalin sejak tiga tahun lalu itu disifatkan sebagai satu hubungan strategik yang bukan sahaja memberi nilai tambah daripada segi keperluan logistik dan peralatan, malah turut menyumbang kepada peningkatan kualiti dan profesionalisme pengadil di bawah naungan KRM.

"Banyak ruang dan peluang dibuka daripada Enervive Sports buat kami.

"Kelengkapan peralatan dan pendidikan dibantu termasuk sumbangan lain seperti kursus dan penghantaran pengadil ke luar negara," kata Pengarah Pengadilan KRM, Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah.

Must Watch Video