Skip to main content

Angkat Berat

Keyakinan tinggi, persiapan mapan kunci kem angkat berat negara butirkan lima emas di Glasgow

f

Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nur Azmi Ahmad, memuji kem angkat berat negara susulan menjadi penyumbang terbesar pingat emas negara di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Dia melihat keyakinan tinggi yang dipamerkan atlet-atlet negara dengan persiapan yang mapan menjadi faktor utama dalam pencapaian membutirkan lima pingat emas buat negara.

Antara penyumbang pingat emas adalah Aniq Kasdan (60kg lelaki), Aznil Bidin (65kg lelaki), Erry Hidayat (79kg lelaki), Hafizuddin Roslin (88kg lelaki) dan Syahmi Nor Ghazali (94kg lelaki).

"Ini pencapaian terbaik buat negara, saya melihat kem angkat berat ini, usaha mereka memang sudah lakukan persiapan dan mereka pamerkan aksi terbaik.

 

 

 

"Saya melihat keyakinan dan persediaan begitu rapi, cuma cabaran sahaja boleh angkat lebih atau tidak. Prestasi, disiplin atlet semestinya kejayaan yang besar buat kem angkat berat.

"Setiap kategori mereka sudah tanamkan mahu pingat enam. Sukan Komanwel dan Sukan Asia berbeza, saya berharap jika mereka boleh konsisten, semestinya pingat ada harapan.

"Saya lihat semangat masih ada. " katanya.

Untuk rekod, kem angkat berat negara menyumbang lima pingat emas, satu emas menerusi olahraga, berbasikal trek dan judo.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video