Skip to main content

Bola Jaring

Klinik NSL 2026 terus perkasa pembangunan akar umbi bola jaring

Klinik NSL 2026 terus perkasa pembangunan akar umbi bola jaring

'Bila kita ajar, mereka tak dengar. Tapi bila pemain yang mereka kagumi sendiri turun berkongsi ilmu, mereka lebih cepat belajar', itu pandangan ketua jurulatih KL Wildcats mengenai impak Klinik NSL 2026 dalam membantu pembangunan pemain muda bola jaring negara.

Astro Arena bersama Astro Kasih terus komited memperkukuh pembangunan akar umbi menerusi penganjuran Klinik NSL yang kini memasuki musim ketiga.

Advertisement

Program itu menawarkan latihan bertaraf profesional kepada peserta wanita berusia antara 15 hingga 24 tahun, dengan fokus kepada pembangunan kemahiran teknikal, keyakinan diri dan pemahaman taktikal permainan.

Selepas menjelajah Ipoh, Bangi, Shah Alam serta Universiti Malaya, program itu melabuhkan tirainya di SMK Seri Tasik, Cheras dengan penglibatan lebih 300 pelajar daripada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Antara sekolah terlibat ialah SMK Convent Jalan Peel, SMK Seri Permaisuri, SMK Alam Damai dan SMK Cheras.

Lebih menarik, edisi tahun ini turut memperkenalkan NSL Boot Camp, dengan 20 peserta terbaik daripada keseluruhan 1,500 penyertaan bakal berpeluang beraksi di Regional Cup bersama jurulatih kebangsaan serta pemain elit negara.

Topik Berkaitan

Must Watch Video