Skip to main content

Bola Sepak

Kongres FAM: Dunia sudah berubah, beri golongan muda peluang -- Megat D Shahriman

j

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, mencadangkan golongan muda diberi keutamaan bagi memegang jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Megat D Shahriman melihat kuota pencalonan juga wajar dikurangkan kerana peruntukan yang termaktub dalam statut FAM ketika ini disifatkan agak tinggi.

Advertisement

Dia berpendapat statut membabitkan bilangan pencalonan minimum bagi presiden badan induk itu yang ketika ini menuntut enam pencalonan daripada ahli gabungan perlu dikurangkan kepada tiga.

"Dunia sudah berubah. (Jawatan patut) bagi kepada orang lebih muda, lebih dinamik dan mahu bawa pembaharuan.

"Bagi yang tidak mahu, jagalah cucu, makan ubat atau pergi bersenam kerana hari anda sudah berakhir.

"Jangan kenang masa lampau, kita tidak mahu.

"Bola sepak bukan kepunyaan anda, ia milik umum," katanya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video