Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Haykal Danish teruja kembali bersaing bersama bekas rakan seperjuangan di Akademi Mokhtar Dahari

fgd

Arkitek muda Selangor II, Haykal Danish Haizan, mengakui teruja untuk kembali bertemu rakan seperjuangan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), walaupun pertemuan kali ini menarik iaitu sebagai seteru di atas padang.

Selepas membina nama di Selangor, dan menjadi antara pemain penting dalam skuad Selangor II, Haykal memiliki impian untuk mencipta kejutan pula di Pasir Gudang.

Advertisement

Bersama dengan rakan seperjuangan, situasi ini sudah pasti penting buat Haykal yang tidak teragak agak untuk menyumbang keringat bagi kejayaan selangor II di bumi Johor Darul Ta'zim (JDT).

 

 

 

"Itu salah satu perkara menarik, sekarang musuh di atas padang tetapi di luar kami kawan, itulah bola sepak," katanya.

Untuk rekod, Selangor II dan JDT II kini terikat dengan 58 mata.

Haykal enggan mendabik dada dengan melihat kunjungan ke Pasir Gudang juga sebahagian dari proses pembelaharannya untuk kesinambunhan karier di masa akan datang selain perlu melunaskan misi kemenangan bagi mendekatkan lagi pasukan untuk muncul juara liga.

"Saya jangkakan aksi menarik kedua-dua pasukan, saya harap dapat belajar banyak perkara daripada aksi itu nanti." tambahnya.

 

Must Watch Video