Selangor II tidak berhasrat untuk menurunkan pemain dari skuad utama untuk mengisi kuota tiga pemain senior menjelang pertemuan dengan Johor Darul Takzim II di Stadium Pasir Gudang Isnin ini.
Bersesuaian dengan status pasukan pembangunan penolong jurulatih Selangor II, Shaiful Nizam Abdul Khamis, menegaskan rencana di Pasir Gudang hanya melibatkan tenaga pemain tempatan.
Advertisement
Malah dia tidak berhasrat untuk memenuhkan slot tiga pemain senior Yang dibenarkan pihak Amteur Football League (AFL).
Ibarat aksi final -- tumpuan membabitkan pertembungan dua pasukan Liga A1 di antara JDT II yang bakal melayan kunjungan Selangor II.
Terikat 58 mata dengan baki tiga perlawanan, perbezaan kedua pasukan ini hanya melibatkan kelebihan dua jaringan memihak JDT II.
Shaiful bertegas hanya kemenangan mampu meletakkan Selangor II di kedudukan teratas liga sebelum dua aksi terakhir perlu disudahkan dengan enam mata penuh bagi menjamin kelebihan total skuad pembangunan ini.