Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Siaran langsung (live streaming) JDT II vs Selangor II

A1

Penentu kejuaraan! Siapa menang dia juara.

Perlawanan paling mencuri tumpuan akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) II bertemu musuh tradisi, Selangor II, Isnin ini.

Advertisement

Setakat ini, jumlah pungutan mata kedua-dua pasukan sedang terikat 58 mata selepas 25 aksi.

Pelapis Harimau Selatan itu selaku pendahulu akan melayani kunjungan ubi muda Gergasi Merah untuk menentukan titik noktah kejuaraan saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Dalam pertemuan terdahulu, JDT II menewaskan Selangor II 1-0 pada Januari lalu.

PENENTU JUARA: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) JDT II VS SELANGOR II

Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)
Saluran: Astro Arena Bola 2 (804)
Lokasi: Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Masa: 8.45 malam

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
 

Must Watch Video