Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan kekal status pakar seri

j

NEGERI SEMBILAN 2 KL CITY 2

Negeri Sembilan bagaikan tidak dapat lari daripada status sebagai pakar seri dalam kancah Liga Super musim ini dan rentak itu berterusan buat kali keempat berturut-turut.

Advertisement

Skuad Jang bangkit mengikat Kuala Lumpur (KL) City 2-2 setelah mempamerkan persembahan kurang meyakinkan dalam separuh masa pertama, sebentar tadi.

Ini kali ke-11 dan keempat buat jurulatih sementara, K. Rajan, yang mengecapi satu kemenangan sepanjang tempohnya kendaliannya serta meletakkan mereka di kedudukan ketujuh liga menuju baki satu perlawanan lagi dengan Kelantan The Real Warriors, Sabtu depan.

 

 

 

 

Sementara itu, Bergson da Silva menghasilkan enam gol sambil Manuel Hidalgo menyumbangkan hatrik ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Kelantan The Real Warriors 14-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Jaringan itu kini meletakkan dia calon pemenang Kasut Emas musim ini setelah mendahului dengan 27 gol, dan mengatasi penggempur import Selangor, Chrigor Moraes, yang memahat 23 gol setakat ini. 
 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video