Skip to main content

Bola Sepak

Main corak menyerang sudah tentu lebih menarik, kata Kim Pan-gon

Main corak menyerang sudah tentu lebih menarik, kata Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon secara sinis mencabar Kuching City untuk tampil lebih berani mencipta serangan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia.

Menurutnya, jika pasukan lawan mampu mengekalkan pendekatan lebih menyerang di laman sendiri, ia pasti akan menjadikan perlawanan lebih terbuka dan menarik untuk disaksikan.

Advertisement

Kenyataan tersebut dilihat sebagai sindiran terhadap pendekatan taktikal Kuching City dalam aksi pertama yang lebih berhati-hati.

Dalam masa sama, Kim Pan-gon menegaskan bahawa Selangor sebenarnya memiliki kelebihan dari segi kualiti dan berjaya mendominasi perlawanan secara keseluruhan di Stadium MBPJ.

Dia turut yakin pasukannya mampu memberikan aksi lebih baik dalam pertemuan seterusnya.

Namun, ketika ditanya mengenai jaringan penalti Kuching City pada minit ke-42, Kim Pan-gon memilih untuk tidak mengulas panjang.

Pan-gon dilihat 'menyimpan' pandangan berhubung keputusan pengadil, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman, yang menghadiahkan sepakan tersebut.

Dengan perang psikologi mula tercetus antara kedua-dua pasukan, aksi separuh akhir kedua dijangka berlangsung lebih sengit.

Selangor pastinya mahu memanfaatkan pengalaman dan kualiti dimiliki, manakala Kuching City pula dijangka tidak akan mudah mengalah di laman sendiri.

Kenyataan sinis Kim Pan-gon menambah lagi ‘perisa’ menjelang aksi timbal balik.

Kini, tumpuan terarah sama ada Kuching City akan menyahut cabaran tersebut atau Selangor sekali lagi membuktikan dominasi mereka.

Must Watch Video