Kemenangan Manchester City awal pagi tadi terus menghangatkan lagi perlumbaan takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya dibezakan dua mata dengan pendahulu, Arsenal.
The Gunners yang gagal menewaskan Wolverhampton Wanderers Khamis lalu semakin tertekan dengan kedudukan semasa tatkala Man City boleh memintas pada bila-bila masa.
Advertisement
Meskipun unggul di persada liga untuk sekian lama, namun ia bukan jaminan bahawa skuad kendalian Mikel Arteta bakal merangkul kejuaraan EPL musim ini.
It's tight at the 🔝@ManCity move to within two points of @Arsenal, who play @SpursOfficial on Sunday pic.twitter.com/UqGcnREEGd
— Premier League (@premierleague) February 21, 2026
Arsenal akan bertemu Tottenham Hotspur untuk pertembungan 'Derbi London' malam ini dengan misi utama untuk menjauhkan perbezaan mata dengan pasukan bimbingan Pep Guardiola.
The Cityzen turut bernasib baik apabila dua jaringan daripada Nico O'Reilly menghadiahkan kemenangan penting, sekali gus terus memberi tekanan kepada Arsenal.