Skip to main content

Bola Sepak

Messi, Ronaldo bergabung dalam koleksi terbaru LEGO Piala Dunia 2026

lego bola

Syarikat pengeluaran mainan dari Denmark yang cukup terkenal di seluruh dunia tidak ketinggalan untuk mengeluarkan koleksi terbaru menjelang penganjuran Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico jun ini.

Dan kempen terbaru tersebut turut menyaksikan detik epik tercetus menerusi gabungan tiga pemain ikonik dunia, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Kylian Mbappe yang muncul dalam sebuah iklan mempromosikan koleksi terbaru keluaran syarikat tersebut.

Advertisement

Dalam iklan tersebut, ketiga-tiga pemain hebat itu bersama-sama berkongsi gelak tawa dalam membina replika trofi Piala Dunia yang menjadi dambaan pemain terhebat antarabangsa.

Syarikat LEGO turut mengeluarkan koleksi figura kecil pemain-pemain dalam kelengkapan jersi kebangsaan mereka.

Peluang yang tidak boleh dilepaskan peminat bola speak dunia terutama sekali buat fanatik Lionel Messi, Cristiano Ronaldo juga Kylian Mbappe.

Koleksi ini boleh didapatkan secara tempahan awal di laman sesawang LEGO.

 

 

 

 


 

Must Watch Video