Berikut adalah kenyataan rasmi MFL:
Malaysian Football League (MFL) sedia maklum berhubung dengan kes tunggakan gaji pemain kelab Kelantan The Real Warriors di mana kelab berkenaan telah diarahkan oleh First Instance Body (FIB), Financial Fair Play (FFP) pada 14 November 2025 untuk menyerahkan bukti pembayaran atau pelan pembayaran sebelum atau pada 31 Disember 2025.
Advertisement
Tunggakan gaji pemain Kelantan The Real Warriors ini melibatkan gaji musim 2024-2025 di bawah pengurusan pemilik kelab terdahulu di mana tiada tunggakan gaji direkodkan bagi musim 2025-2026 setakat ini.
Selain daripada kelab Kelantan The Real Warriors, PDRM FC yang mempunyai kes tunggakan gaji bagi musim ini juga telah diarahkan untuk menyerahkan dokumen FFP pada tarikh akhir berkenaan.
Bagi kes tunggakan gaji pemain ini, MFL telah bekerjasama dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi pelaksanaan FFP.
Sebarang keputusan berhubung kes tunggakan gaji melibatkan Kelantan The Real Warriors dan PDRM FC akan dibincangkan dalam mesyuarat FFP FIB dalam masa terdekat ini.