Sebelum ini Naomi Osaka mencuri perhatian besar di Australian Open kerana pakaian dan gaya kemasukannya ke gelanggang yang sangat luar biasa.
Osaka muncul dengan pakaian yang diinspirasikan oleh ubur-ubur (jellyfish) dan elemen fesyen avant-garde.
Advertisement
Tetapi baru-baru ini ada Isu yang membabitkan Naomi Osaka di Australia Open selepas perlawanan menentang Sorana Cirstea.
Sepanjang perlawanan berlangsung, Osaka beberapa kali menjerit “come on” setiap kali memenangi mata, sebagai cara untuk menaikkan semangat dan kekalkan fokus.
Namun, Cirstea menganggap jeritan itu mengganggu rentak permainannya.
Ketegangan itu jelas kelihatan apabila kedua-dua pemain berjabat tangan dengan suasana yang dingin dan janggal selepas tamat perlawanan.
Keadaan menjadi lebih hangat apabila Osaka beri komen spontan dalam temubual di gelanggang sejurus selepas kemenangan tersebut.
Kenyataan Osaka dianggap sebahagian peminat serta media sebagai menyindir atau tidak menghormati lawannya.
Klip temubual itu telah tular di media sosial, lalu mencetuskan perdebatan tentang etika ‘fair play’ dan tingkah laku pemain di gelanggang.
Beberapa jam kemudian, Osaka tampil memberi penjelasan dan memohon maaf, dan mengakui kata-katanya mungkin kedengaran kasar dalam keadaan emosi ketika itu.
Osaka turut menegaskan bahawa jeritan itu hanyalah untuk memotivasikan dirinya sendiri, bukan untuk mengganggu atau memprovokasikan lawan.