Akhirnya gol pertama Endrick dos Santos hadir selepas tiga tahun sejak kali pertama mewakili Malaysia pada Mac 2023.
Tahukah anda? Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga merupakan pemain Brazil ketiga menjaringkan gol untuk Malaysia selepas Guilherme de Paula dan Paulo Josue sebagai aset naturalisasi.
Advertisement
Kemasukan bintang berusia 31 tahun itu memberikan impak segera buat pasukan kebangsaan, namun tidak mampu melakar kebangkitan untuk menewaskan Vietam dalam perlawanan terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 semalam.
Namun, jaringan penalti daripadanya memberi makna mendalam buat Endrick apabila berjaya menoktahkan penantian sejak kali pertama menyarung jersi negara di bawah kendalian pengendali lalu, Kim Pan-gon.
Endrick menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan gol kebangkitan buat skuad Harimau Malaya!#ACQ2027 #VIEMAS pic.twitter.com/CXtKdPKCjO
— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) March 31, 2026
“Ini gol pertama saya untuk skuad kebangsaan (Malaysia) dan di sini di negara di mana saya bermain," katanya.
Meninjau laman transfermarkt, semalam merupakan genap 25 penampilan Endrick bersama Harimau Malaya.
Dia kini melebarkan karier susulan beraksi di liga Vietnam bersama Ho Chi Minh City, dan memilih untuk menandatangani secara percuma usai pinjaman dari JDT berakhir tahun lalu.