Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Neymar lebih baik daripada Messi -- Cafu

ney

Bekas legenda bola sepak Brazil, Cafu, melihat bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain, Neymar Dos Santos, 'secara teknikal' lebih baik berbanding figura pemenang lapan kali Ballon d'Or, Lionel Messi.

Baru-baru ini, Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, berkongsikan, Neymar belum berada dalam keadaan terbaik apabila namanya tidak tersenarai dalam skuad Selecai bagi dua perlawanan persahabatan hujung bulan ini dan diganti dengan pemain muda, Endrick, menjelang Piala Dunia 2026.

Advertisement

Kali terakhir bintang Santos itu beraksi buat Brazil adalah pada Oktober 2023 Ketika sesi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Brazil sebelum bergelut dengan kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL).

"Neymar secara teknikalnya lebih baik daripada Messi, lebih baik daripada Cristiano Ronaldo, tetapi dia perlu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.

 

 

 

 

"Seseorang perlu mendedikasikan diri mereka 100 peratus kepada bola sepak, saya tidak lebih baik daripada Neymar, tetapu lebih baik daripada pemain pertahanan kanan lain kerana mendedikasikan diri saya untuk itu.

"Dia perlu menjadi kapten pasukan." katanya sebelum ini.


Untuk rekod, Messi dan Ronaldo mendominasi bola sepak, dengan memenangi Ballon d'Or beberapa kali, namun pencapaian terbaik Neymar adalah ketika menduduki tempat ketiga Ballon d'Or pada 2015.

 

Must Watch Video