Petarung Muay Thai negara, Adam Rakib, mengakui satu saranan dari bapanya dari luar gelanggang membantunya untuk mencatatkan kemenangan Knock-Out (KO) ke atas petarung dari Maghribi, Walid Snoussi, dalam pertarungan ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok malam tadi.
Adam mempamerkan corak agresif sejak dari awal dan percaturannya berhasil apabila lawan disahkan tidak dapat meneruskan pertarungan dalam pusingan kedua.
Advertisement
Bercakap dalam sidang media selepas pertarungan berkenaan, petarung muda negara itu berkata: "Ketika dalam pertarungan, saya dengar suara ayah dari bawah.
"Ayah suruh saya sepak tengkuk dia, saya ikut dan berhasil dapatkan KO.
"Kerana sebelum ini, Aliff (Rakib, abang Adam) dah pernah buat, jadi saya memang sudah belajar untuk melakukannya.
"Sasaran saya selepas ini adalah untuk mendapat kontrak penuh."