Skip to main content

Golf

PEKEMA President's Cup 2026 catat rekod penyertaan terbesar, bantu bekas atlet

pekema

Golf PEKEMA President’s Cup 2026 merupakan penganjuran paling bermakna sepanjang 12 edisi apabila mencatat rekod penyertaan tertinggi dan dapat menyalurkan bantuan kepada bekas atlet negara.

Penganjuran kejohanan golf itu juga mengukuhkan jaringan strategik serta memperkasakan agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pemain golf amatur negara ‘disatukan’ dalam satu kejohanan yang melibatkan ahli Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), rakan niaga, barisan penaja dan bekas atlet negara, antaranya M. Kumaresan, Azmi Ibrahim serta Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Pengaruh dan penjenamaan President’s Cup semakin berkembang dan menjadi antara kejohanan golf korporat paling berprestij di negara ini, yang menjadi jambatan utama mengeratkan silaturahim di antara pemain industri, sektor korporat, agensi kerajaan, dan komuniti perniagaan.

Pendekatan PEKEMA sejak ditubuhkan cukup jelas menitikberatkan aspek kejayaan yang tidak hanya berpaksikan pencapaian perniagaan semata-mata, malah sejauh mana manfaat dapat disalurkan kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan.

PEKEMA menerusi kerjasama dengan YAKEB menyalurkan sumbangan kepada bekas atlet negara, sekali gus menjadi indikasi penghargaan terhadap figura yang pernah mengharumkan nama negara selama ini.

Presiden PEKEMA, Datuk Hj. Mohamed Nazari Noordin, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Saya boleh katakan penganjuran kali ini amat berjaya.

"Ia kerana penyertaan 500 peserta tahun ini berbanding 400 peserta tahun lalu.

"Dalam masa sama, tahun ini kami bekerjasama dengan YAKEB untuk memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 10 bekas atlet."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video