Juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mencipta kemenangan pertama dalam jelajah pramusim apabila menewaskan CD Contestano 8-0 awal pagi tadi.
Barisan kendalian Xisco Munoz itu menghasilkan jumlah jaringan besar melalui dua gol oleh Bergson Da Silva, dua gol oleh Manuel Hidalgo, Ager Aketxe, Stuart Wilkin, Matthew Davies dan Miquel Cuesta.
Seterusnya, Harimau Selatan akan menentang kelab LaLiga iaitu Elche CF untuk aksi persahabatan keempat.
Untuk rekod, JDT sudah pun mencatatkan satu kemenangan, satu keputusan seri menentang Rangers dan satu kekalahan di tangan Al-Ettifaq.