Romel Morales sah melengkapkan perpindahan dari Johor Darul Ta'zim (JDT) ke Terengganu bagi menghadapi musim Liga Malaysia (Liga-M) 2026/27 yang dijadualkan berlangsung Ogos ini.
Pemain natualisasi Harimau Malaya itu yang menyertai Harimau Selatan dari Kuala Lumpur (KL) City pada 2024 itu merekodkan 40 penampilan dan menjaringkan 22 gol bersama JDT.
Tiada maklumat lanjut berkenaan status perpindahan penyerang sensasi itu sama ada secara tetap atau pinjaman.
🚨Done deal. Romel Morales melengkapkan perpindahan dari JDT ke Terengganu untuk musim Liga Malaysia 2026/27. 🏴🏳️@ASTROARENA pic.twitter.com/pfHERVXRKY
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 21, 2026
Namun, kemas kini laman transfermarkt mengatakan kontrak tonggak berusa 28 tahun itu bersama skuad kendalian Xisco Munoz sudah berakhir pada penghujung bulan lalu.