Skip to main content

Komanwel

Sukan Komanwel: Khiew Hoe Yean buru permulaan bertenaga, tidak tolak kemungkinan pecah rekod peribadi

j

Olimpian akuatik negara, Khiew Hoe Yean, menyemai tekad untuk melakukan "explosive power" dalam tempoh permulaan kuakannya di Glasgow menjelang Sukan Komanwel 2026 kali ini.

Dalam penampilan kedua Hoe yean ini, dia memerlukan kelajuan pada beberapa meter awal untuk memastikan persaingan baik bersama perenang hebat dunia, menerusi tekanan yang diberikan pada fasa awal tersebut. 

Ia merupakan tempoh paling "tidak selesa" untuk dirinya, namun Hoe Yean menyifatkan jika ingin mendapat keputusan yang boleh dibanggakan, dia terpaksa menggunakan strategi tersebut dalam temasya kali ini.

Perenang berusia 23 tahun itu juga tidak menolak kebarangkalian untuk dirinya memecah rekod peribadi terbaiknya -- 3 minit 47.38s (saat) yang diraihnya pada Sukan Universiti Dunia 2025 di Berlin, dalam acara 400 meter gaya bebas pada temasya kali ini.


"Saya cuba untuk lebih laju, jika saya mahu kekal dalam standard tertinggi saya perlu lebih laju agar saya boleh berada dalam kelompok pencabar terbaik.

"Itu sasaran saya, persediaan sangat baik. Saya berharap dapat perbaiki catatan peribadi atau lebih baik." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video