Skip to main content

Ragbi

Piala Agong 2026: Terengganu buru kemenangan pertama musim ini

Piala Agong 2026: Terengganu buru kemenangan pertama musim ini

Menjelang aksi pertama kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini yang akan membuka tirai pada Sabtu ini, Terengganu kini siap siaga sepenuhnnya untuk bertandang bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula  pada jam 0330 petang Sabtu ini di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Terengganu di bawah kendalian bekas pemain kebangsaan, Hafiizh Zainal tidak meletakkan reputasi pasukannya untuk memandang rendah pasukan lawan untuk meraih kemenangan sulung musim ini.

Advertisement

“Setiap pasukan mengharapkan untuk bermula dengan kemenangan pertama di awal musim begitu juga kami yang hadir sebagai pasukan pelawat untuk perlawanan ini.

“Tiada bermasalah untuk beraksi dalam cuaca hujan lebat namun dengan situasi cuaca yang tidak menentu ketika ini saya mengharapkan Terengganu kekal fokus untuk tidak melakukan kesilapan mudah di atas padang nanti,” ujar beliau yang pernah beraksi untuk Terengganu sebelum ini.

Jelasnya lagi tidak sesekali untuk Terengganu memandang rendah setiap pasukan lawan dalam mana-mana perlawanan di mana sudah tentu setiap pasukan yang bertanding musim ini membuat persediaan yang lebih baik berbanding musim lalu.

Untuk rekod pada musim lalu di peringkat kumpulan, Terengganu selaku pasukan tuan rumah ketika itu membelasah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkeputusan 49-11.

Topik Berkaitan

Must Watch Video