Skip to main content

Futsal

Piala Asia: Sejarah tercipta! Indonesia layak ke separuh akhir buat kali pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Futsal

Satu pencapaian membanggakan!

Skuad futsal Indonesia mencipta sejarah apabila berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Futsal Piala Asia 2026 buat kali pertama susulan persembahan memukau di tempat sendiri.

Advertisement

Untuk rekod, Sang Garuda merupakan wakil tunggal dari Asia Tenggara (ASEAN) dalam pusingan tersebut apabila Malaysia, Thailand dan Vietnam telah tersingkir pada peringkat kumpulan dan suku akhir.

Pasukan di ranking ke-24 dunia itu muncul juara Kumpulan A selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu seri, sekali gus mengumpul tujuh mata bersama pencabar, Iraq, untuk layak ke peringkat kalah mati.

Dengan kemenangan ke atas Korea Selatan (5-0), Kyrgyzstan (5-3) dan Vietnam (3-2), Indonesia akan bertemu gergasi Asia, Jepun, bagi perebutan ke final kejohanan berprestij itu.

Mochammad Iqbal Rahmattulah antara bintang dan sandaran kem tuan rumah dengan tiga gol menjadi tumpuan utama tatkala membantu Indonesia dalam kempen kali ini.

Kali terakhir Indonesia mara ke peringkat kalah mati di suku akhir pada edisi 2022 di Kuwait. 

Must Watch Video