Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Akibat bunyi prakkk patah kaki pemain, pasukan dapat RM2.63j!

Kone

Akibat seorang pemain patah kaki, kelab mendapat pampasan sebanyak RM2.63 juta!

Menerusi Program Pelindungan Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sassuolo akan menerima bayaran lumayan bagi menanggung kos pemain yang mengalami kecederaan tidak disengajakan ketika dilepaskan oleh kelab untuk mewakili negara.

Jumlah pampasan kepada kelab Itali itu dikira berdasarkan gaji tetap pemain, yang dilaporkan sekitar RM120,000 seminggu.

Semua perlawanan, sesi latihan dan perjalanan termasuk dalam syarat perlindungan, selagi ia berlaku dalam tempoh operasi program dan pemain tidak dapat bermain melebihi 28 hari.

Kecederaan Ismael Kone jelas memenuhi syarat tersebut dan Sassuolo akan menerima pampasan kerana tidak dapat diturunkan untuk sebahagian besar musim 2026/27 berikutan berpotensi berehat selama empat hinga enam bulan. 

Terdahulu, bintang Kanada itu terpaksa diusung keluar selepas terlibat dalam pelanggaran keras bersama pemain Qatar, Assim Madibo, pada minit ke-50 ketika pasukannya melakar kemenangan 6-0 menewaskan lawan di Vancouver, awal pagi tadi.

Mimpi ngeri buat Kone dan rakan sepasukan susulan mendengar dengan jelas bunyi patah tulang itu, dan terkejut dengan apa menimpa dirinya. 


 


 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video