Granit Xhaka tidak memerlukan elemen membalas dendam disingkirkan Argentina dalam masa tambahan pusingan 16 Piala Dunia 2014 sebagai motivasi pertemuan esok.
Mereka akan berentap dalam untuk perebutan ke separuh akhir dengan juara bertahan itu di Stadium Kansas City, apatah lagi Albiceleste kelihatan goyah dalam dua aksi terakhir.
"Ia bukan balas dendam. Ini perlawanan yang sama sekali berbeza.
"Kini kami berada dalam suku akhir dan kami mahu menang. Inilah matlamat utama kami.
"Berkenaan peminat (Switzerland): teruskan impian ini. Saya seorang yang sentiasa memasang impian dan ia boleh menjadi kenyataan.
"Jika kami ingin memenuhi impian kami, anda perlu berusaha, kami perlu bermandi keringat dan melangkaui kemampuan sendiri jika ingin mengalahkan Argentina," katanya.
Switzerland juga tidak peduli tentang ramalan cuaca panas di Kansas City, malah menolak sebarang tanggapan bahawa ia mungkin memihak kepada pasukan Argentina yang telah berpangkalan di bandar Missouri sepanjang kejohanan ini.
"Apabila anda berada di suku akhir, anda tidak begitu peduli tentang cuaca.
"Kami tidak mahu cipta alasan," katanya lagi.