Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Bapa Haaland ucap 'syabas' kepada pengadil, FIFA kata bola tak kena kamera

aaa

Bapa Erling Haaland, Alfie, menyindir pengadil selepas Norway tersingkir 1-2 kepada England dalam suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 sebentar tadi, yang diselubungi kontroversi.

Sejurus selepas wisel penamat, bekas pemain tengah Manchester City dan Leeds United itu berkata di X: "Bellingham dan pengadil telah bermain dengan baik."

Mesej ringkas itu ditafsirkan sebagai kritikan terhadap pengadil dan bukannya pemain tengah England, Jude Bellingham, yang menjaringkan kedua-dua gol untuk menghantar pasukan Thomas Tuchel itu ke separuh akhir.

Pengadil dari Perancis, Clement Turpin, memutuskan untuk menafikan jaringan Haaland setelah menghidu berlaku kekasaran terlebih dahulu tatkala ramai peminat Norway berpendapat sentuhan itu adalah minimum.

Insiden kedua pula berlaku tepat sebelum The Three Lions melancarkan serangan yang memberi ruang Bellingham melakukan penyudah biar ulangan televisyen menunjukkan bola itu mungkin telah melanggar kabel yang menggantung kamera di atas.

Di bawah Undang-undang Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), jika bola menyentuh ada unsur luar seperti kamera yang digantung, permainan harus dihentikan segera dan dimulakan semula di mana bola dijatuhkan.

Bagaimanapun, permainan itu tetap diteruskan hingga membolehkan England menyerang dan menjaringkan gol.

Akaun media sosial rasmi FIFA kemudian menyatakan bahawa insiden itu telah disemak semula dan tiada sentuhan di antara bola dan kamera kabel dikesan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Related Topics

Must Watch Video