Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tembus 4 pasukan terbaik sejak 2010, negara nombor dua dunia bolos buat kali pertama

Spain

Kemenangan Sepanyol ke atas Belgium memastikan mereka berjaya mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak bergelar juara pada 2010, sekali gus kembali dengan reputasi gah untuk merebut kejuaraan edisi kali ini.

Fabian Ruiz dan bintang Arsenal, Mikel Merino, menjadi wira buat La Roja menewaskan The Red Devils dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2026 awal pagi tadi. 

Dalam permainan tersebut, pasukan nombor dua dunia itu akhirnya dibolosi buat kali pertama dalam kempen itu selepas Charles De Ketelaere menghidupkan peluang buat Belgium, sekali gus menamatkan rentetan rekod 609 minit tanpa dibolosi oleh penjaga gol, Unai Simon. 

Skuad kendalian Luis de la Fuente akan bertemu naib juara 2022, Perancis, pada pertembungan berikutnya ibarat mengulangi aksi separuh akhir Euro 2024 di antara kedua-dua pasukan. 

Sepanyol meneruskan kecemerlangan dengan menghasilkan sejarah baharu pasukan itu iaitu memasuki 36 perlawanan tanpa kalah setakat ini.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video