Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Dulu dilatih di Malaysia, bintang termuda cipta sejarah masuk gantikan Salah

Hamza

Siapa sangka, pemain ini pernah meluangkan masa menimba ilmu bola sepak di Malaysia suatu ketika dahulu.

Itulah Hamza Abdelkarim, bintang meningkat naik Mesir yang sedang mengukir nama bersama gergasi LaLiga, Barcelona, sejak menyertai kelab itu awal tahun ini.

Dia menjadi pemain termuda berusia 18 tahun mewakili negara itu dalam Piala Dunia 2026. Masuk pada minit ke-75 menggantikan bekas penyerang Liverpool, Mohamed Salah, dan melakukan debut dalam kejohanan paling berprestij itu.

Kemasukannya menyaksikan pasukan di ranking ke-29 dunia berjaya mengikat Belgium 1-1 dalam perlawanan Kumpulan G.

Menariknya, dahulu Hamza pernah mewakili sebuah kelab di ibu kota iaitu FC Kuala Lumpur pada usia kecilnya.

Ia menjadikan Hamza selaku pemain FC Kuala Lumpur pertama dipanggil dalam skuad kebangsaan ke Piala Dunia.

Malaysia menjadi antara perjalanannya membina nama sebelum bergabung ke Barcelona dan sekarang merupakan sandaran Mesir dalam Piala Dunia. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video