Selepas Qatar, Korea Selatan, Australia, mahupun Jepun, rata-rata pasukan dari Asia menonjolkan permainan berkualiti dalam Piala Dunia 2026 dengan kali ini giliran Arab Saudi pula tunjuk belang.
Edisi lalu pernah penah menumpaskan juara bertahan, Argentina. Dan, Uruguay hampir menjadi mangsa seterusnya, sebentar tadi.
Wakil dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-41 menerusi pemain berusia 39 tahun, Abdulelah Al-Amri, selepas menyumbat jaringan hasil tampanan kurang kemas lantunan daripada Fernando Muslera.
Lawan dari ranking ke-18 dunia itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-80 untuk menyamakan kedudukan 1-1 hasil rembatan dari Maximiliano Araujo, sekali gus menghidupkan semula harapan Uruguay.
Untuk rekod, ini merupakan debutnya dalam kejohanan berprestij itu dalam masa sama menjaringkan gol sulung peribadi dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.
πππππππ & πππππ ππππππ ππππππ πππ π ππππ πΊπΎπ€πΈπ¦ pic.twitter.com/Be2SQwNjO7
β 433 (@433) June 16, 2026
Prestasi menakjubkan dari penjaga gol, Mohammed Al-Owais, mendapat pujian orang ramai kerana menafikan setiap percubaan tepat Uruguay sepanjang 10 minit terakhir perlawanan.
Penyelamatan penting itu membawa Arab Saudi meraih satu mata berharga menggagalkan harapan skuad kendalian Marcelo Bielsa mendapat tiga mata penuh.