Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Harga tiket suku akhir menjunam hampir 60% selepas AS, Cristiano Ronaldo tersingkir

Piala Dunia 2026: Harga tiket suku akhir menjunam hampir 60% selepas AS, Cristiano Ronaldo tersingkir

Penyingkiran Amerika Syarikat (AS) dan Portugal daripada Piala Dunia 2026 memberi kesan besar bukan sahaja kepada saingan di atas padang, malah turut menggoncang pasaran tiket apabila harga bagi aksi suku akhir di Los Angeles menjunam hampir 60 peratus.

Menurut platform jualan semula tiket TickPick, harga tiket paling murah (get-in price) untuk perlawanan suku akhir yang menemukan Sepanyol dan Belgium pada Jumaat ini merosot daripada AS$2,950 (kira-kira RM12,500) kepada sekitar AS$1,200 (kira-kira RM5,100) dalam tempoh kurang 24 jam.

Penurunan mendadak itu berlaku selepas Amerika Syarikat dibelasah Belgium 4-1 pada pusingan 16 terbaik, sekali gus memadam impian tuan rumah untuk beraksi di Los Angeles.

Pada hari yang sama, Sepanyol turut menyingkirkan Portugal 1-0, sekali gus menamatkan karier Piala Dunia legenda bola sepak, Cristiano Ronaldo.

Ketiadaan dua pasukan yang memiliki penyokong dalam jumlah besar serta tarikan komersial tinggi menyebabkan permintaan terhadap tiket merosot dengan ketara. Ramai pemerhati percaya harga tiket pasti jauh lebih tinggi sekiranya perlawanan suku akhir itu menemukan Amerika Syarikat dan Portugal.

Sementara itu, pertemuan antara Perancis dan Maghribi di Foxborough, Massachusetts kini menjadi aksi suku akhir paling murah di pasaran jualan semula, dengan harga tiket bermula sekitar AS$989.

Walaupun harga tiket suku akhir menunjukkan trend penurunan, situasi berbeza dapat dilihat bagi aksi final di New Jersey pada 19 Julai, apabila harga tiket paling murah masih mencecah AS$9,346 (kira-kira RM39,700). Nilai itu dijangka berubah bergantung kepada pasukan yang berjaya melangkah ke pentas final.

Menurut data SeatPick, purata harga tiket suku akhir Piala Dunia telah menurun 31.5 peratus dalam tempoh 24 jam dan lebih 50 peratus dalam tempoh tiga hari. Pada masa sama, jumlah tiket yang tersedia di pasaran jualan semula meningkat kepada 49,415 keping, berbanding hanya 28,285 ketika kejohanan bermula.

Piala Dunia 2026 sebelum ini dianggap sebagai edisi paling mahal dalam sejarah, dengan harga tiket pada awal kejohanan dilaporkan mencecah sehingga tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding beberapa edisi terdahulu. Namun, perkembangan terbaharu membuktikan bahawa faktor pasukan yang bertanding dan kehadiran bintang besar masih memainkan peranan penting dalam menentukan permintaan serta nilai pasaran tiket.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video