Kisah menarik atlet sukan tari negara, Bernice Lu, yang sebelum ini membawa diri ke saingan individu, sebelum melonjak naik dalam kategori itu.
Bernice akan kembali ke kategori berpasangan bersama Lee Chong Sheng dalam Festival Tarian WDSF Vietnam 2026, yang berlangsung di Ho Chi Minh.
Pasangan itu berkata mereka akan menampilkan kekuatan berbeza berbanding negara besar lain dengan sasaran merebut kedudukan podium dalam dua kategori, iaitu WDSF Rising Star Latin dan WDSF World Open Latin.
"Saya rasa kami kini lebih dinamik berbanding dahulu," kata Bernice kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Kami juga memiliki ketinggian yang agak jauh berbeza, jadi kami mahu tunjukkan perbezaan yang kami ada berbanding peserta lain."