Cobra FC menampilkan aksi luar biasa untuk menewaskan Manjung Soccer Kids 1-0 untuk mendakap trofi Piala Xcriim B-14 di Ipoh, hari ini.
Kejayaan itu terus membuktikan prestasi cemerlang pasukan dari Pulau Pinang tersebut apabila mereka mengharungi kesemua perlawanan tanpa sebarang kekalahan.
"Kalau Shukor Adan ( Jurulatih B-16 Harimau Malaya datang esok, dia akan dapat sekurang-kurangnya dua pemain kebangsaan.
"Pemain kejohanan ini mempunyai kualiti," kata jurulatih Cobra, Mior Khairul Rizal.
Walaupun lebih cenderung beraksi di balapan, Firhan Dzakir Musdy membuktikan kemampuannya juga mampu diterjemahkan di atas padang bola sepak.
Pemain Kelab Bolasepak Anak Baik (ABFC) itu menjadi antara watak penting membantu pasukan menduduki tangga keempat Piala Xcriim B-14.
Atlet Program Latihan Daerah (PLD) Hulu Langat itu mengakui olahraga kekal menjadi keutamaan namun minat terhadap bola sepak tidak pernah pudar.
Firhan menyifatkan olahraga yang diceburi sejak berusia 11 tahun banyak membantunya ketika beraksi di atas padang, terutama daripada aspek kepantasan, kecergasan dan disiplin.
Mula ditubuhkan sejak Jun tahun lalu, ABFC yang berpangkalan di Kajang turut membawa pendekatan tersendiri apabila barisan pengurusan dan jurulatih terdiri daripada ibu bapa pemain yang mahu menyokong perkembangan anak-anak mereka dalam bola sepak.
Penyertaan dalam Piala Xcriim menjadi antara langkah awal ABFC untuk memperkukuh pasukan dan penampilan sulung menyaksikan mereka meraih tempat keempat selepas tewas ditangan pasukan KBB Allstar dari Kedah 0-2 sewaktu aksi penentuan tempat ketiga keempat.
"Saya dulu bermain di posisi penjaga gol tapi kini sama ada olahraga dan bola sepak, terpulang kepada keadaan," katanya.
Tambah jurulatinya, Muhammad Firdaus: "Kami tidak sangka dengan keputusan ini. Saya masih rasa sebak.
"Kami kumpulkan pemain-pemain muda dan ini tahun kedua penubuhan kami.
"Kami harap dapat bawa pasukan ini pergi lebih jauh."