Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Luar biasa! Sejarah besar juara Asia raih mata pertama, ikat pasukan ke-19 dunia

Qatar

Tandukan deras Boualem Khoukhi pada minit ke-94 menyaksikan Qatar berjaya mengikat Switzerland 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.

Ia, sekali gus menggagalkan harapan pasukan ranking ke-19 dunia itu meraih tiga mata penuh meskipun melancarkan 27 peluang serangan, hanya untuk enam peluang yang dicipta oleh juara Asia itu tetapi sudah cukup menghukum Switzerland.

Tahukah anda? Sejarah baru tercatat buat Qatar apabila meraih mata pertama dalam sejarah penampilan mereka dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Sejak penganjuran pada edisi 2022, Qatar telah melakukan revolusi penting dengan memenangi Piala Asia 2023 dan menghadapi persiapan walaupun dibayangi konflik di Asia Barat awal tahun lalu.

Ini adalah hadiah terbaik jurulatih, Julen Lopetegui, untuk membantu Qatar selepas dipecat oleh Sepanyol pada 2018 hanya beberapa hari sebelum edisi tahun itu bermula.

Bergema stadium dengan ratusan peminat menyambut kegembiraan mencetuskan atmosfera luar biasa buat sejarah bola sepak Qatar. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video