Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Sejarah besar! Kali ketiga berlaku dalam tempoh 96 tahun

FIFA

Debaran semakin terasa!

Inilah empat pasukan terbaik edisi ke-23.

Separuh akhir Piala Dunia 2026 menyaksikan empat gergasi dunia akan berentap bagi misi merebut tiket ke perlawanan akhir untuk meraih kejuaraan paling berprestij di muka bumi ini.

Buat kali pertama, separuh akhir Piala Dunia terdiri daripada empat pasukan teratas ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perancis (1) vs Sepanyol (3)
England (4) vs Argentina (2)

Tahukah anda? Aksi separuh akhir kali ini menghimpunkan kesemua bekas juara kejohanan bola sepak terkemuka itu. Menariknya, ini adalah kali ketiga dalam sejarah dalam tempoh 96 tahun mengumpulkan pasukan juara untuk dua perlawanan sebelum ke final pada 20 Julai ini.

Argentina (1978, 1986, 2022), Perancis (1998, 2018), Sepanyol (2010) dan England (1966). Semuanya merupakan pemenang sebelum ini.

Ia pernah berlaku dalam dua edisi lain sebelum ini.

1970: Itali, Jerman Barat, Uruguay dan Brazil
1990: Itali, Argentina, Jerman Barat dan England.

Untuk rekod, Piala Dunia telah diadakan setiap empat tahun sejak kejohanan sulungnya pada 1930, kecuali pada tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia II.

Les Blues yang mencipta sejarah mara ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut selepas mudah menewaskan gergasi Afrika, Maghribi, akan bertemu Sepanyol.

La Roja yang kembali selaku empat pasukan terbaik sejak 2010 susulan mengatasi angan-angan Belgium akan menjadi penghalang buat pasukan nombor satu dunia, sekali gus bakal menjanjikan perlawanan memukau.

Sementara itu, The Three Lions meneruskan perjalanan impian 'It's Coming Home' selepas mengatasi cerita dongeng Norway dengan kemenangan 2-1.

Dan, bagi melengkapkan aksi separuh akhir kedua, Argentina selaku juara bertahan akan bertemu skuad kendalian Thomas Tuchel susulan mengalahkan Switzerland dalam aksi 120 minit penuh debaran.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Must Watch Video