Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: 'Tak rasa nak lagi, masa saya sudah tamat'

Neymar

Neymar secara rasminya mengesahkan persaraannya daripada arena bola sepak antarabangsa, dengan mengatakan bahawa dia tidak lagi mahu bermain untuk Brazil susulan kekalahan mereka kepada Norway dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

Penyerang berusia 34 tahun itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, yang membuat kenyataan tersebut selepas Santos menewaskan Universidad Central dari Venezuela 4-2 dalam perlawanan Copa Sudamericana, semalam.

"Saya rasa masa saya bersama pasukan kebangsaan telah berlalu. Saya mencipta sejarah dan sangat gembira mengenainya.

"Tetapi saya rasa saya tidak lagi mahukannya," katanya kepada pemberita.

Selepas masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan penalti pada masa kecederaan, Neymar sendiri mencadangkan kerjaya antarabangsanya telah berakhir semasa temu bual dengan penyiar Brazil.

Neymar jelas kelihatan emosi selepas kekalahan itu, yang menandakan penyingkiran terawal Brazil dari Piala Dunia sejak 1990 dan meneruskan kemarau untuk gelaran keenam.

Bekas bintang Barcelona itu hanya memenangi satu gelaran senior bersama pasukan kebangsaan iaitu Piala Konfederasi pada 2013.

Dia meninggalkan 80 gol dan 58 bantuan jaringan dalam 130 penampilan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video