Skuad sepak takraw negara meraih kemenangan pertama dalam acara regu berpasukan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan India 3-0 dalam aksi pertama Kumpulan B di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Membariskan Haziq Nizam (tekong), Zulefendi Sumari (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam) sebagai trio pemula regu pertama, Malaysia tidak berdepan masalah untuk mendapatkan mata pertama menerusi kemenangan mutlak 15-10, 15-10.
Ragu kedua pula, yang dibarisi Syahir Roasdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam), turut tidak berdepan kesukaran untuk memastikan kemenangan 15-10, 15-11, sekali gus menyaksikan skuad negara untuk sebelah kaki ke suku akhir.
Melengkapkan kemenangan Malaysia ialah regu ketiga, yang dibarisi Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Hafizul Hayazi (perejam), cemerlang dengan kemenangan 15-3, 15-5.
Skuad negara seterusnya akan bertemu Myanmar bagi aksi kedua Kumpulan B malam esok.