Atlet memanah compound wanita negara, Dr. Fatin Nurfatehah Mat Salleh, menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara compound wanita individu di Piala Dunia Memanah 2026 peringkat keempat yang berlangsung di Madrid, Sepanyol semalam.
Meskipun memulakan saingan selaku pilihan kelima kejohanan, Fatin menewaskan beberapa nama besar dunia sebelum tewas di penentuan pingat emas kepada juara dunia dari Britain, Ella Gibson.
Pemanah berusia 35 tahun itu melalui perjalanan knockout cukup mencabar apabila turun beraksi dalam keadaan cuaca buruk, namun faktor itu tidak mematahkan semangat beliau yang miliki reputasi cemerlang di pentas kejohanan besar!
Fatin tewas kepada Gibson dengan perbezaan hanya tiga mata sahaja untuk terpaksa akur pulang dengan pingat perak menerusi catatan mata 145 berbalas 148!
Kejayaan gemilang di Madrid ini terus merekodkan pencapaian mengagumkan pemanah kelahiran Sabah ini di sepanjang kalendar 2026 selepas meraih tiga pingat di Piala Asia di Bangkok pada Mac nanti.