THAILAND 2 MALAYSIA 0
Harimau Malaya tunduk 2-0 kepada Gajah Perang ketika kekal di tangga kedua Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN, sebentar tadi.
Sepakan penalti daripada Yotsakom Burapha pada minit ke-38 mneletakkan tuan rumah di depan di Stadium Rajamangala.
Kesilapan Ubaidullah Shamsul Fazili itu menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe tersebyt agak berhati-hati ketika mengawal kubu sebelum gol kedua Thailand menyusul melalui penyudah Teerasak Poeiphimai menerusi satu gerakan sepasukan yang menarik pada minit ke-56, tatkala Malaysia tempang tanpa Jimmy Raymond yang sedang menerima rawatan di tepi padang.
Malaysia cuba memberikan tentangan pada 15 minit terakhir melalui tampanan Wan Kuzain Wan Kamal dan percubaan Paulo Josue, namun belum cukup untuk mengubah situasi perlawanan.
Malaysia akan berdepan Filipina dalam aksi terakhri kumpulan, Sabtu depan, sementara Thailand berhitung dengan Myanmar.