Jurulatih Thailand, Anthony Hudson, berkongsikan terdapat beberapa pemain Harimau Malaya yang perlu diberikan perhatian oleh pasukannya menjelang perlawanan peringkat Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN, di Stadium Rajamangala, malam ini.
Begitupun, jurulatih berusia 46 tahun itu optimis pasukannya telah membuat persiapan rapi bagi aksi malam ini selepas melakar kemenangan pertama ketika berdepan Filipina sebelum ini.
"Malaysia memiliki dua atau tiga pemain yang memiliki kualiti tinggi. Penyerang mereka (Paulo Josue) cukup merbahaya, pertahanan tengah sebelah kiri cukup selesa dari segi penguasaan bola.
"Dua pemain sayap mereka (Pavithran) dan Sumareh juga kuat dan pantas. Mereka memiliki gaya permainan yang bagus dan bersesuaian dengan kualiti pemain-pemain mereka.
"Kita cukup menghormati mereka dan kita telah membuat persediaan rapi." kongsinya dipetik dari MakanBola.