Kemenangan besar 5-0 Thailand ke atas Laos dalam perlawanan Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN 2026 menyaksikan skuad Gajah Perang itu memintas kedudukan Harimau Malaya selaku tempat pertama kumpulan dalam perebutan ke peringkat kalah mati.
Malah, naib juara musim lalu itu memiliki defisit jaringan lebih banyak berbanding Malaysia yang hanya mengumpul dua gol dan satu bolos setakat ini.
Skuad kendalian jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe, kini berada di tempat kedua Kumpulan B dengan kedua-dua pasukan itu mempunyai pungutan tiga mata.
Thailand setting the early pace in Group B. 👀🇹ðŸ‡#ASEANHyundaiCup#ASEANChampionship#ASEANUtdFC pic.twitter.com/wrmZwgO2cK
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) July 25, 2026
Skuad kebangsaan bermula suram sebelum melakar kebangkitan ke atas tuan rumah, Myanmar, untuk membawa pulang kemenangan pertama hasil dua jaringan kapten pasukan, Paulo Josue.
Malaysia yang pernah menjuarai edisi 2010 akan bertemu Laos bagi aksi seterusnya di Cheras pada Selasa ini.