Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut

JDT

Juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengulangi pencapaian lalu apabila berjaya mara ke final Piala Malaysia buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Dengan agregat 8-1, Harimau Selatan mudah sekali lagi berada dalam perlawanan akhir sambil menunggu sama ada Kuching City atau Selangor yang bakal menjadi lawan di Bukit Jalil nanti.

Advertisement

Separuh masa pertama separuh akhir kedua itu menyaksikan JDT gagal mencuri peluang untuk menjaringkan gol dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan seri 0-0 di babak pertama.

Kecemerlangan penjaga gol kedua pasukan pelawat yang merupakan debut musim ini, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, menjadi watak penting menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Meskipun sepakan penalti meliar, namun penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva, tetap menyumbat gol pada 45 minit kedua permainan.

Dalam tempoh 10 minit, skuad kendalian Xisco Munoz menjaring tiga gol dan satu daripanya hasil rembatan Syahmi Safari.

Bakal tonggak naturalisasi Harimau Malaya, Giancarlo Gallifuoco, menanduk masuk jaringan sagu hati buat The City Boys sebelum bekas import Sabah, Ajdin Mujagic, menutup aksi dengan kelebihan berganda buat tuan rumah.

Adakah JDT bakal meraih kejuaraan buat kali keempat berturut-turut?

Must Watch Video