Skuad Piala Uber negara yang diketuai M.Thinaah diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Türkiye dan Afrika Selatan.
Walaupun tanpa Pearly Tan, Malaysia masih menjadi pilihan untuk melangkah ke suku akhir buat kali pertama sejak edisi 2010 Piala Uber.
Advertisement
Diketuai M Thinaah, skuad wanita dibarisi K Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Muhammad Azmi serta pemain profesional Goh Jin Wei, manakala bahagian beregu pula menampilkan gandingan Ong Xin Yee-Carmen Ting, Noraqilah Maisarah Ramdan-Low Zi Yu dan Chong Jie Yu.
Dalam Kumpulan B, Malaysia bakal berdepan Jepun yang diterajui juara dunia perseorangan wanita tiga kali Akane Yamaguchi.
Skuad Piala Uber negara dibarisi:
(Perseorangan)
1.K. Letshanaa
2.Wong Ling Ching
3.Goh Jin Wei
4.Siti Zulaikha Azmi
(Beregu)
1.Chong Jie Yu-M.Thinaah
2.Ong Xin Yee-Carmen Ting
3.Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan.
PUSINGAN 1 PIALA THOMAS: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS TURKIYE
Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Saluran: Astro Badminton (815)
Masa: Bermula 2.30 Petang (Waktu Malaysia)
Venue: Court 1, Forum Horsens, Denmark
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
PUSINGAN 2 PIALA THOMAS: MALAYSIA VS AFRIKA SELATAN
Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)
Saluran: Tiada Siaran Langsung
Masa: 6 Petang (Waktu Malaysia)
Venue: Court 3, Forum Horsens, Denmark
PUSINGAN 3 PIALA THOMAS: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS JEPUN
Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)
Saluran: Astro Badminton (815)
Masa: Bermula 6 Petang (Waktu Malaysia)
Venue: Court 2, Forum Horsens, Denmark
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
