Larian Obor Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Selangor 2026 secara rasminya tiba di destinasi keenam bertempat di Selayang, hari ini.
Seramai 700 orang warga Selangor hadir memeriahkan suasana dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya larian sejauh 3 kilometer, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak selain jualan barang rasmi temasya dwitahunan itu.
Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bakal menjadi salah satu venue bagi acara bola sepak wanita untuk temasya yang akan memasuki edisi penganjuran kali ke-22 itu.
Seterusnya, Larian Obor Sukma dan Para Sukma 2026 akan menjelajah ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 5 Julai sebelum menutup tirai di Majlis Perbandaran Sepang (MPS), 9 Ogos depan.
Masyarakat mempamerkan semangat perpaduan yang tinggi. Semua pegawai majlis perbandaran dan pejabat daerah juga berkumpul untuk memberikan sokongan kepada acara ini.
"Saya harap dengan semangat sebegini, Selangor akan menjadi satu pasukan yang terbaik dalam Sukma akan datang," kata Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Dr Haniff Zainal Abidin/
Salah seorang peserta LArian Obor Sukma dan Para Sukma 2026 ini memuji aktiviti sihat sebegini terutama pada hujung minggu.
"Bagus untuk aktiviti sebagai riadah pada waktu masyarakat di sini.
"Saya yakin kontinjen Selangor akan menjuarai Sukma tahun ini," katanya.