'Misi utama adalah Sukan Asia'
Itu penegasan juara kebangsaan 2025, Aira Azman, yang bukan sahaja mengidamkan pingat di Sukan Asia agoya-Aichi, namun menyasarkan menjadi juara dalam kategori yang disertai nanti.
Advertisement
Perkara itu susulan apabila Sukan Asia itu sendiri menawarkan slot automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dengan hanya pemenang pingat emas akan layak tanpa perlu menghadapi saingan kelayakan yang lain.
Bagi Aira, meskipun banyak kejohanan besar akan dihadapi namun peluang yang ada untuk terus mendapatkan slot ke Los Angeleas 2028 tetap menjadi sasaran utama.
"Saya mahu pingat, masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan, saya berharap dalam dua kejohanan ini dengan latihan dapat meraih apa yang saya mahu capai.
"Memandangkan Sukan Asia ini juga kelayakan buat Sukan Olimpik, jadi saya harap dapat beri yang terbaik dan saya sedang bekerja keras untuk dapatkan gelaran itu." katanya.