Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Siapa tak percaya, boleh duduk rumah – Pep Guardiola

Pep Guardiola

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, memberi amaran keras kepada pemainnya supaya memiliki keyakinan penuh untuk bangkit daripada ketinggalan 0-3 menjelang aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid, Rabu ini.

Menurut Guardiola, mana-mana pemain yang tidak percaya pasukan mampu melakukan kebangkitan dramatik sepatutnya tidak perlu turun beraksi.

Advertisement

“Jika mereka tidak percaya, itu satu masalah. Mereka sudah dewasa dan menerima gaji yang baik.

“Jika mereka tidak percaya dalam perlawanan Liga Juara-Juara ini, lebih baik mereka duduk di rumah. Kita perlu cuba. Apa yang kita perlu takutkan?,” katanya.

Guardiola turut mengakui tugas yang menanti pasukannya amat sukar selepas kekalahan besar pada perlawanan pertama, namun dia mahu anak buahnya berusaha sehabis baik demi maruah pasukan dan penyokong.

“Sudah tentu ia keputusan yang sukar, tetapi kita perlu mencuba. Demi menghormati penyokong, kerja kita dan kelab,” katanya lagi.

Jurulatih dari Sepanyol itu turut menegaskan pasukannya masih mempunyai banyak sasaran lain musim ini selain berdepan cabaran besar di pentas Eropah.

“Kita masih ada beberapa perlawanan lagi musim ini. Kita ada liga, Piala FA dan juga final Piala Liga. Kita perlu terus memperbaiki pasukan,” kata Guordiola.

Tambah Guardiola, peningkatan prestasi pasukan bukan sahaja penting untuk baki musim ini, malah sebagai persediaan menghadapi musim akan datang.

“Semakin cepat kita memperbaiki diri, semakin baik untuk masa sekarang dan masa depan. Kita perlu teruskan usaha ini,” tegasnya.

Walaupun berdepan kritikan hebat terhadap prestasi semasa pasukannya, Guardiola optimis dan masih percaya dengan kemampuan skuad yang dimilikinya.

“Saya masih menyukai pasukan saya. Walaupun ada yang tidak menyukai bola sepak moden hari ini, saya masih percaya dengan mereka.

“Kita akan teruskan sehingga akhir musim dan musim depan kita akan kembali lebih kuat,” katanya.

Must Watch Video