Skip to main content

Ragbi

SSR 'benchmark' mutu penganjuran sukan peringkat sekolah mampu hadirkan prestij

SSR 'benchmark' mutu penganjuran sukan peringkat sekolah mampu hadirkan prestij

Kejayaan Grand Final Super Schools Rugby (SSR) 2026 yang berlangsung di Stadium Merdeka disifatkan sebagai bukti bahawa kejohanan peringkat sekolah juga mampu dianjurkan di venue berprestij dan mendapat sambutan luar biasa daripada penyokong.

Ketua Pegawai Eksekutif Enervive, Shahrizin Shahrudin, berkata kejayaan menghimpunkan hampir 10,000 penonton di stadium ikonik itu membuktikan Malaysia mampu mewujudkan suasana yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kejohanan sukan sekolah di negara-negara maju.

“Kita berjaya buktikan kita mampu buat. Kejohanan peringkat sekolah juga berhak mendapat pentas berprestij seperti Stadium Merdeka.

“Selama ini kita sering melihat kemeriahan sukan sekolah di negara luar. Hari ini, SSR membuktikan Malaysia juga mampu mencipta suasana yang sama dengan sokongan luar biasa daripada penyokong,” katanya.

Menurutnya, kejayaan edisi 2026 bukan sekadar diukur melalui jumlah kehadiran penyokong, malah membuktikan sukan di peringkat akar umbi mempunyai nilai komersial serta mampu menjadi produk sukan yang mendapat perhatian masyarakat.

Dalam masa sama, Shahrizin menyifatkan SSR kini telah berkembang menjadi lebih daripada sebuah kejohanan ragbi sekolah.

Katanya, reputasi kejohanan itu kini menjadi penanda aras baharu dalam pembangunan sukan sekolah sehingga mempengaruhi pemilihan sekolah oleh ibu bapa.

“SSR bukan lagi sekadar kejohanan ragbi. Ia sudah menjadi satu ‘benchmark’ baharu dari segi pemilihan sekolah.

“Kita melihat sendiri bagaimana ada ibu bapa yang menjadikan penyertaan sekolah dalam SSR sebagai antara faktor untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah yang bertanding,” katanya lagi.

Shahrizin percaya perkembangan positif itu membuktikan pelaburan terhadap sukan sekolah mampu memberi impak besar bukan sahaja kepada pembangunan atlet muda, malah meningkatkan imej institusi pendidikan serta ekosistem sukan negara secara keseluruhan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video