Percaturan berbeza terpaksa dilakukan King George V (KGV) ekoran ketiadaan pemain utama yang dibelenggu kecederaan ketika berdepan SMS Muzaffar Syah (MOZAC) dalam aksi separuh akhir SSR Challenge Trophy di Shah Alam sebentar tadi.
Ternyata pemain sedia ada masih mampu untuk membawa KGV ke final hasil kemenangan 13-5.
Advertisement
Ketua jurulatih KGV, Irwan Abdol, berkata: "Saya mahu mereka meningkatkan disiplin kerana kami hari ini sebenarnya disukarkan dengan dua kad kuning dan banyak penalti.
"Jadi mereka perlu meningkatkan disiplin kerana jika mereka terus melakukan kesilapan sama, mereka akan dihukum dalam final.
"Selain daripada itu, mereka bertahan dengan amat baik."
