Skip to main content

Bola Sepak

Suaka Lima Pemain Iran: Mereka mungkin akan dibunuh -- Trump

trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menjelaskan lima pemain bola sepak wanita Iran telah diberikan visa kemanusiaan oleh kerajaan Australia 'kemungkinan dibunuh' sekiranya dibawa pulang ke negara asal mereka.

Trump menjelaskan perkara itu ketika menghubungi Presiden Australia, Anthony Albanese, pada jam 2 pagi yang memaklumkan bahawa lima pemain berkenaan telah 'diuruskan' dan berada dalam keadaan selamat.

Advertisement

"Mereka kemungkinan akan dibunuh. Jika terpaksa kembali ke Iran. AS akan menerima mereka jika anda (Australia) tidak mahu.

"Walau bagaimanapun, ada yang berasakan mereka harus pulang kerana bimbang mengenai keselamatan keluarga mereka, termasuk ancaman kepada ahli keluarga jika mereka tidak kembali." katanya.

Suasana tegang turut dilaporkan di hotel pasukan di Gold Coast apabila penunjuk perasaan antirejim Iran berkumpul dan pihak pengiring rejim dilihat cuba mencari para pemain. Namun, lima pemain itu secara rahsia telah meninggalkan hotel bersama pasukan polis Australia ke sebuah lokasi lain.

Media tempatan melaporkan bahawa polis telah membawa lima pemain tersebut ke lokasi selamat sebelum proses permohonan suaka dimulakan.

FIFA, dalam kenyataannya, menegaskan bahawa keselamatan pemain Iran menjadi keutamaan dan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menangani situasi tersebut.

Topik Berkaitan

Must Watch Video