Dalam posting terbaru di laman Facebook jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menyaksikan dirinya dengan gelagat sedang tidur bersama pingat yang baru dimenanginya baru-baru ini.
Perkara itu selepas kejayaan The Pocket Rocketman itu merangkul pingat emas acara keirin dan pingat gangsa dalam acara keirin di siri Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth, Australia, minggu lalu.
Advertisement
Dalam posting itu tertera: "Hanya untuk tatapan ‘kipas susah mati’ #TeamAzizul" katanya yang mendedikasikan kemenangan itu buat penyokongnya.